Sorotan Penting


Terima kasih diatas kerjasama FS semasa program di SMK Tun Hj Abdul Malek.Pihak FS juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tn Hj Bokhari, Pengarah SKMM dan juga Cik Azirah FS Wilayah Selatan kerana sudi hadir dalam program tersebut. />

Mesyuarat FS Melaka 1/2010 pada 23 Januari 2010 di Makmal Komputer SK Peringgit Jam: 9.00 pagi. Kehadiran adalah wajib

Selamat Datang FS Melaka yang baru. Sama-sama lah kita menjayakan program-program ICT di sekolah.

Kepada semua FS Melaka diharapkan tahun baru ini dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dalam Pembestarian Sekolah.

Monday, May 24, 2010

Program Road Tour ICT SBPI Selandar dan SK Alor Gajah 1



Pada 8 MEI 2010, Program Road Tour ICT Komuniti FS Negeri Melaka diteruskan lagi....Apa yang unik tentang program kali ini, terdapat 4 sekolah telah bergabung untuk menjayakan program ini. Bengkel Movie Maker SK Alor Gajah 1 (PUAN NORAZUIETA AHMAD) & SK Dato Naning (CIK NURUL SYUHADA’ HARON) dan dibuat di makmal komputer SK Alor Gajah 1. Kumpulan sasaran untuk bengkel movie maker ini ialah pelajar. Kumpulan FS yang menjayakan program ini ialah FS-FS Daerah Alor Gajah.



Selain itu, SBPI (CIK NONITA MOHAMED) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Syah (PUAN KAMILAH NOR AZMI) bergabung di Makmal Komputer SBPI Selandar untuk BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP. Kumpulan sasaran untuk program ini juga pelajar. Kumpulan FS-FS Daerah Jasin telah hadir untuk membantu program ini.......

Monday, April 19, 2010

Mesyuarat Komuniti FS Melaka April 2010

Satu mesyuarat komuniti FS Melaka telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 17 April 2010 bertempat di Pusat Jalur Komuniti (PJK) Melaka Pindah. Mesyuarat bermula 11.00 pagi berakhir pada jam 2.30 petang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua FS Negeri Melaka yang menghadirkan diri ke mesyuarat ini. Sekalong penghargaan juga buat PJK Melaka Pindah sebagai venue mesyuarat. Beberapa aktiviti telah dilakukan antaranya penerangan mengenai penggunaan beberapa jenis perisisan seperti AnyPlace Control dan Blocker Unwamted Website. Selain itu, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Cik Azirah selaku FS SKMM.......

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Tinggal


Selamat tinggal diucapkan kepada Mohd Azlan Bin Zainal kerana telah meninggalkan kerjaya FS dan mendapat kerja baru iaitu PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik).Tahniah diucapkan...Jangan lupa kami disini ea Azlan..Kahwin jangan lupe jemput ea...;-)

Semoga berjaya...

Semoga berjaya diucapkan kepada Kerol,Azie, Farah dan Nurul kerana pada hari ini anda dikehendaki mengajar guru-guru mengenai blog...Kami berbangga dengan anda...;-)

Sunday, March 28, 2010

Road Tour ICT Ke-6

Selepas ini para-para Fasilitator Schoolnet negeri Melaka akan menyerbu pulak ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar untuk Road Tour ICT ke-6. Keterangan lanjut akan diberitahu oleh FS SBPI Selandar kelak....Adios... 

Saturday, March 27, 2010

Laporan Road Tour ICT Komuniti FS Melaka Ke-5

Program Road Tour ICT Komuniti FS Melaka ke-5 telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu bersamaan 27 hb March 2010 di SMK Tun Haji Abdul Malik (STHAM), Cheng. Program telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh. Kali ini Encik Khairul Anuar Bin Othman selaku Fasilitator Schoolnet STHAM telah menerangkan perisian Adobe Photoshop dan Face Morpher pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 sekolah berkenaan. Fasilitator Schoolnet yang lain turut membantu dalam melaksanakan program ini. Apa yang menarik lagi, program ini telah dirasmikan oleh En. Bukhari Bin Yahya selaku Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Selatan. Jutaan terima kasih diucapkan oleh Komuniti FS kepada pihak sekolah, pihak SKMM dan pelajar-pelajar STHAM atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung..

bagus nyer FS Melaka...sume beratur...berdiri tegak...cmni ler FS Melaka..chayokkk;-)



                                     Pengerusi yang xpernah tanggalkan songkok nyer..;-)

Aksi menggoda Farah...Pasni leh adakan Pertandingan aksi paling menggoda di kalangan FS..;-)

Kak Ieta ngan Cik Azirah kite ni khusyuk dgr...Ni lah baru dikatekan FS semangat waja..;-)


Laporan Road Tour ICT Komuniti FS Melaka Ke-4

SMK RAHMAT yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka menjadi tuan rumah untuk PROGRAM ROAD TOUR ICT KOMUNITI FS MELAKA yang ke-4. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu bersamaan 20 MAC 2010 pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh. Cik Hafizah Bt Ilham Hussin selaku Fasilitator Schoolnet SMK Rakmat telah menerangkan mengenai perisian Photoscape kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 sekolah berkenaan dan beliau dibantu oleh rakan FS yang lain. Sekalung penghargaan diucapkankepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan road tour ICT ini. Komuniti FS Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Hajah Halimah Binti Haji Jantan selaku Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Melaka di atas kesudian menghadiri program ini.
                                                           Miss Universe FS Melaka...;-)

                                    Gaya seorang photographer yang xbertauliah...caya lahh..;-)

Cik Hjh Alimah berkata " Pengerusi jangan angguk-angguk jerk"...len kali tuan pengerusi geleng-geleng lak yer..;-)

                           FS memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta program di SMK Rahmat..;-)