Sorotan Penting


Terima kasih diatas kerjasama FS semasa program di SMK Tun Hj Abdul Malek.Pihak FS juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tn Hj Bokhari, Pengarah SKMM dan juga Cik Azirah FS Wilayah Selatan kerana sudi hadir dalam program tersebut. />

Mesyuarat FS Melaka 1/2010 pada 23 Januari 2010 di Makmal Komputer SK Peringgit Jam: 9.00 pagi. Kehadiran adalah wajib

Selamat Datang FS Melaka yang baru. Sama-sama lah kita menjayakan program-program ICT di sekolah.

Kepada semua FS Melaka diharapkan tahun baru ini dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dalam Pembestarian Sekolah.

Thursday, July 22, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Karnival Jalur Lebar Alor Gajah

Mesyuarat Penyelarasan Karnival Jalur Lebar Alor Gajah akan diadakan seperti berikut :

Hari : Jumaat 

Jam : 2.30 Petang

Tempat : PKG Batu Berendam

Kehadiran adalah diwajibkan untuk semua FS. Surat jemputan telah diedarkan melalui email FS. Sila semak email FS masing - masing. Diharapkan semua FS dapat memberi kerjasama dan kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih..

Wednesday, July 21, 2010

Next Road Tour ICT Komuniti FS Melaka 2010

Road Tour ICT Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka 2010 akan diadakan pada 24 Julai 2010. Aktiviti bulanan komuniti ini akan berlangsung di SMK Naning dan SK Lendu. Sebanyak 2 kumpulan terdiri daripada 16 orang akan bertugas untuk memberikan khidmat bantu ke sekolah-sekolah ini. Harap maklum...OK



Senarai nama-nama Fasilitator Schoolnet (FS) terlibat Road Tour ICT 2010

Friday, July 16, 2010

Minggu Bestari SK Tedong 2010


Pada 12 Julai 2010, Unit ICT SK Tedong telah mengadakan Minggu Bestari 2010 SK Tedong yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Majlis ini telah diadakan di dewan sekolah dan dirasmikan pelancarannya oleh Tn. Hj. Mohd Ismail Bin Puteh selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tedong. Matlamat diadakan Minggu Bestari ialah memberi motivasi dan meningkatkan kesedaran kepada seluruh warga SK Tedong tentang pentingnya menguasai kemahiran ICT untuk menjalani kehidupan masa kini seiring dengan perkembangan semasa.

Antara aktiviti yang telah dirancang ialah:


1. Pertandingan membina bahan P&P menggunakan Powerpoint (guru).
2. Kuiz ICT secara spontan (guru & murid) dan bertulis (murid).
3. Meneka perkakasan ICT (guru & murid).
4. Pertandingan Image Editing berbantukan komputer menggunakan perisian Photoscape (murid Tahun 4,5,6).
5. Pertandingan mewarna berbantukan komputer (murid Tahun 2 & 3).
6. Pertandingan mewarna gambar (Tahun 1).
7. Pertandingan mencipta logo Unit ICT SK Tedong.

Untuk melihat gambar-gambar aktiviti Minggu Bestari, sila klik di sini.

Thursday, July 8, 2010

"In-House" Training: Photoscape

Pada Rabu, 07/07/2010 bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Tedong telah diadakan latihan "in-house" mengenai Photoscape. Perisian ini digunakan untuk mengedit gambar-gambar. Kumpulan sasaran untuk program ini ialah murid-murid Tahun 6 Bestari. Latihan "In-House" ini dikendalikan oleh Fasilitator Schoolnet SK Tedong, Encik Muhammad Farid Bin Samsury. Berikut merupakan hasil-hasil gambar-gambar yang telah diedit menggunakan Photoscape:




















HASIL-HASIL KARYA PHOTOSCAPE DARI
MURID TAHUN 6 BESTARI:


























Road Tour ICT Komuniti FS Melaka di SK Melekek

Pada Sabtu, 26 Jun 2010, satu Program Road Tour ICT 2010 anjuran Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Melekek, Daerah Alor Gajah. Program ini mengetengahkan Moviemaker. Program ini bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. PUAN NOR AZWANI BINTI SALLEH bertindak sebagai pengarah program dan di bantu oleh Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka. Kumpulan sasaran program ini ialah pelajar SK Melekek . Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan berkenaan Moviemaker.















Monday, July 5, 2010

Program Bersama FS di SK Kemendor

Pada 29 Jun 2010 bersamaan hari SELASA bermula 2.30 petang SK Kemendor, Felda Tun Ghaffar Kemendore, Jasin telah mengadakan salah satu aktiviti sempena Minggu Bestari (ICT) SK Kemendor 2010. Aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah Pertandingan Karaoke ICT dan Kuiz ICT. Aktiviti ini telah dibantu oleh Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka yang terdiri daripada Fasilitator Schoolnet Fasa 2. Program bersama FS pada petang tersebut dihadiri oleh Encik Nor Hashim b Hj Hasan, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Kumpulan sasaran program tersebut terdiri daripada guru-guru & murid-murid Tahap 2 iaitu 140 orang.
Cik Siti Zawiah selaku Pengacara Majlis tersebut memulakan aktiviti dengan Karaoke ICT yang disertai oleh 7 orang peserta dan dihakimi oleh guru-guru SK Kemendor . Kuiz ICT pula dijalankan secara "on the spot" yang diketuai oleh Encik Nor Azmil dan dibantu oleh Cik Nurul Iryani Haziyah. Murid-murid dan guru-guru memberi respon yang sangat baik dan mereka begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan terutamanya ketika mendapat hadiah sekiranya berjaya menjawab Kuiz ICT. Mereka berharap aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bagi membantu perkembangan ICT warga sekolah dan komuniti.
Jutaan Terima kasih kepada Pegawai daripada BTP, SK Kemendor, semua FS dan orang perseorangan yang membantu perjalanan aktiviti ini. Alhamdulillah aktiviti ini dapat juga dijalankan pada hari persekolahan dan mendapat sokongan serta pujian daripada Encik Nor Hashim serta warga sekolah. Diharap aktiviti sebegini dapat dijalankan di sekolah-sekolah lain pula terutamanya pada hari persekolahan bagi menarik minat lebih ramai murid-murid mahupun guru-guru untuk hadir.

Wednesday, June 2, 2010

Program Road Tour ICT 2010 Sekolah Kebangsaan Peringgit

Pada hari Sabtu bersamaan 22 Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Peringgit telah mengadakan LDP 3.LDP kali ini telah berlangsung bermula jam 8 hingga 12.30..Ia nya telah dihadiri semua guru-guru SK Peringgit. Pada LDP kali ini, guru -guru telah diberi mengenai cara-cara membuat Facebook. Dalam kursus kali ini telah diketuai oleh FS SK Peringgit dan juga FS dari kawasan Alor Gajah.