Sorotan Penting


Terima kasih diatas kerjasama FS semasa program di SMK Tun Hj Abdul Malek.Pihak FS juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tn Hj Bokhari, Pengarah SKMM dan juga Cik Azirah FS Wilayah Selatan kerana sudi hadir dalam program tersebut. />

Mesyuarat FS Melaka 1/2010 pada 23 Januari 2010 di Makmal Komputer SK Peringgit Jam: 9.00 pagi. Kehadiran adalah wajib

Selamat Datang FS Melaka yang baru. Sama-sama lah kita menjayakan program-program ICT di sekolah.

Kepada semua FS Melaka diharapkan tahun baru ini dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dalam Pembestarian Sekolah.

Monday, May 24, 2010

Program Road Tour ICT 2010 Sekolah Kebangsaan Tedong

Pada 22 Mei 2010, satu Program Road Tour ICT 2010 anjuran Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tedong. Program ini mengetengahkan Microsoft PowerPoint 2007-My School. Program ini bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Encik Muhammad Farid Samsury bertindak sebagai pengarah program dan dibantu oleh Fasilitator Schoolnet Daerah Jasin. Kumpulan sasaran program ini ialah seramai 50 orang pelajar Tahun 5. Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan berkenaan Microsoft PowerPoint 2007. Selain itu, setiap kumpulan mampu mengeluarkan satu hasil pembentangan menggunakan perisian berkenaan. Bagi program ini, kesemua pelajar-pelajar Tahun 5 dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan diberikan satu tempat menarik di SK Tedong seperti makmal komputer, pusat akses, perpustakaan dan sebagainya.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM KLIK DISINI

0 comments:

Post a Comment