Pada 10 Julai yang lepas, guru-guru SK Pernu telah menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke-2. Latihan dimulakan oleh Guru Penyelaras Bestari, En. Hilman Bin Kamaluddin. Beliau menerangkan cara-cara pemantapan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Selepas rehat guru-guru didedahkan dengan penggunaan lcd yang terdapat di bilik darjah oleh 3 orang Fasilitator Schoolnet iaitu Encik Nor Azmil B Mohd Nor Shamsuri (FS SK Pernu), Encik Muhammad Farid Bin Samsury (FS SK Tedong), Cik Aina Mardia Bt Nordin (FS SK Demang Husin) dan Juruteknik Sekolah SK Pernu. Diharap guru-guru dapat menggunakan kemudahan ICT dengan lebih kerap lagi.



0 comments:
Post a Comment